its atau it is

Bahasa Inggeris

Biasanya pelajar bingung antara dua perkataan ini. Padahal perkataan ini bukannya susah. Selalunya mereka tak ingat sebab mereka tidak mengambil berat tentang kepentingan kedua-dua perkataan ini, terutama ketika menulis.

Punca kejadian ini mungkin disebabkan bunyi sebutan kedua-dua perkataan ini, "it's" dan "its"adalah sama, iaitu saperti: /itzes/ [cuba rujuk di http://www.dictionary.reference.com].

"it's" itu adalah singkatan (contraction) daripada "it is".

Apabila disebut bunyinya /itzes/. Tetapi apabila ditulis mistilah dalam bentuk ini (written form) "it's".

Contoh Kegunaan "it's":

1. "It's Ahmad who wrote that." adalah sama dengan "It is Ahmad who wrote that." (Ahmad yang menulis itu)

2. "It's a beautiful day." adalah sama dengan "It is a beautiful day." (Hari ini sungguh cerah)

3. "It's nonsense." adalah sama dengan "It is nonsense."

"its" pula adalah sama seperti "his" atau "her", iaitu apa yang digelar "possessive pronouns". Tetapi "its" merujuk kepada binatang atau benda, "his" dan "her" merujuk kepada manusia.

Contoh Kegunaan "its":

1. I have a cat. Its fur is long, soft and fluffy.

2. She is a beautiful girl. Her hair is blonde, long and soft.



Comments
0 Comments

0 comments: